Sifat cemburu pada dasarnya tidak membawa apa2 kebaikan malah keburukan kepada kita. Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia."
Berdasarkan satu hadis Rasulullah, yang diriwayatkan oleh Aishah sendiri
‘ Pada suatu hari Aishah isteri baginda bertanya kepadanya, kata beliau: “Wahai Rasulullah, mengapakah engkau sentiasa saja menyebut nama Khadijah? Bukankah Khadijah itu hanya seorang nenek dan bukankah Allah gantikan dia dengan seorang yang lebih baik (maksud Aishah ialah dirinya sendiri)?”
Jawab Rasulullah: “Tidak, bahkan tidak ada pengganti Khadijah. Dia beriman kepadaku pada saat orang lain ingkar terhadapku, dia menyintai aku di saat orang lain membenciku, dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakan aku. Allah tidak mengurniakan anak kepadaku dengan isteri lain selain Khadijah.”
Pengajaran daripada hadis di atas amat mendalam sekali.
1. Rasa cinta, kasih dan sayang antara insan, bukanlah hanya boleh diukur dengan usia, kekayaan dan kecantikan wajah saja.
Rabu, 2009 September 09
CEMBURU
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 17:28
Ahad, 2009 Julai 26
MANA MILIK KITA ???

Apa yang kita ada? Kereta, syarikat besar, wang ringgit, ilmu, anak-anak yang comel,suami atau isteri, makanan atau seluruh isi dunia... Sebenarnya kita tidak punya apa2. Semua yang kita sangka milik kita hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata. Allah telah sediakan untuk kita, dan kita hanya mengusahakan sahaja apa yang telah Allah sediakan..
Ada orang yang sombong bila telah memiliki sesuatu dan merasakan bahawa apa yang dia miliki adalah mutlak miliknya. Namun hakikatnya semuanya sementara. Bila-bila masa Pemilik mutlak yang Agung akan mengambil kepunyaan kita semula tanpa notis atau amaran.
Ada manusia yang sombong memiliki kereta besar, harta melimpah-ruah, kepandaian, kecantikan, kedudukan yang tinggi, namun semua itu tidak terlepas dari bahawa semua Allah jua pemilik yang mutlak.
Gunakanlah apa yang kita ada dengan sebaiknya, dengan bersederhana dan penuh rasa kesyukuran.
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 20:52
CINTA SELEPAS KAHWIN
Inilah namanya cinta selepas berkahwin. Kenangan terindah. Syukur kepada Allah atas kurniaan cinta ini dan kasih sayang-Mu yang tak terhingga kepada hamba-Mu
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 06:43
KEKUATAN DOA
Doa itu senjata orang mukmin. Ungkapan ini selalu kita dengar. Kita sendiri pun selalu berdoa. Kekuatan doa tidak perlu dipertikai. Apatah lagi jika doa itu datang dari anak yg soleh, org yang teraniaya, insan-insan yang berjuang dan orang2 yang soleh. Ada doa yg cepat Allah makbulkan, ada yang lambat dan ada juga yang tidak diterima langsung. Semua itu itu bergantung kepada diri kita sendiri.
Ini ada satu pengalaman yang menarik juga untuk dikongsi bersama. Bukankah semua insan mengimpikan kebahagiaan dalam berkeluarga? 3 tahun yang lalu hati kecil ni pernah diusik dengan perasaan2 halus untuk berkeluarga. Namun ketika itu dirasakan masih muda dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab. Ada juga yang meluahkan perasaan masing-masing. Ada yang melalui sms, orang tengah dan ada juga yang berterus terang sendiri.
Orang kata jangan memilih, tapi kena pilih juga calon yang terbaik untuk membimbing diri kita, yg boleh dijadikan sahabat waktu berduka, waktu gembira dan mempunyai asas agama yang baik. Sebagai muslimah pasti terdetik juga takut jadi 'andalusia' (anak dara lanjut usia). Tapi daripada tersalah pilih dan merana sepanjang masa lebih baik jadi andalusia..he he..
Mmm....kisah 3 tahun yg lalu...ada seorang muslimin yang baik dari segi agama dan akhlaknya.. Sangat2 menghormati orang lain dan dia sendiri dihormati walaupun secara zahirnya dia insan biasa yang tak punya harta melimpah ruah.
Pernah juga mengusik-usik untuk menjadikan calon isterinya jika tiada sesiapa lagi. Namun Namun aku hanya menganggap ianya usikan biasa, walaupun hakikatnya dalam hati, alangkah bertuahnya siapa yang bergelar isteri kepadanya. Ada juga sahabat2 yang mengusik. Tapi senyum je la memandangkan rasa diri ni kerdil untuk berdamping dengannya... Pernah Tok Teh nya datang ingin menghantar wakil merisik seandainya benar bersetuju untuk menjadi calon isterinya.
Namun tiada kata putus diberi memandangkan muslimin itu sendiri tidak berkata apa2. Takut pula dikata syok sendiri. Waktu itu tidak la pula cepat melatah...Jika ada kakitangan yang baru, cepat pula aku mengesorkan untuk dijadikan bakal isteri. Ialah orang yang hebat mestilah pasangannya hebat juga..
Namun tidak pernah aku lupa untuk berdoa kepada pemilik Zat Yang Agung, "seandainya dia adalah jodohku, maka Kau permudahkanlah segala urusanku. Jika dia bukan untukku maka kau jauhkan dan hilangkanlah perasaan ini daripada hatiku, Ya Allah". Doa yang disertai dengan solat istikharah, menyaksikan wajahnya dalam mimpiku. Hanya pada sahabat2 yang rapat sahaja aku bercerita. 3 tahun menyaksikan pelbagai suka duka dalam berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencabar.
Selepas 3 tahun itu datang seorang kakitangan yang aku rasa cukup sepadan dengannya. Aku sendiri merasakan mereka amat sepadan. Aku sendiri redha selepas itu memang benar mungkin tiada jodoh aku dengannya.Namun aku masih tak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah.
Takdir penentu segala. Jodoh itu Allah yang tentukan. Allah mempermudahkan semua urusan dan doa itu dimakbulkan jua walaupun mengambil masa yang agak lama. Sungguh, kasih sayang Allah itu tiada tandingannya, Maha Hebat. Ujian itu tanda kasih-Nya.....
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 01:06
Rabu, 2009 Julai 22
RINDU HATI INI

Kalau duduk sorang-sorang mesti macam2 yang terlintas difikiran. Nampak macam termenung, tapi kalau tengok dinding tu seolah2 boleh tembus rumah sebelah. Macam2 yang dirindu. Rindu dengan kehidupan zaman di kampus, rindu dengan mak ayah, rindu dengan sahabat2, rindu pada insan yang bergelar suami (sejak jadi isteri ni la...hehe) dan rindu nak buat aktiviti yang dah lama ditinggalkan.
Perasaan rindu ini boleh buat kita menangis, itulah yang selalu terjadi. Tapi selalunya waktu dok sorang ataupun lepas solat. Hebatnya perasaan rindu yang Allah cipta ini tidak mengira siapa pun, tidak mengira warna kulit, umur, agama dan apa saja.
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 03:50
Ahad, 2009 Jun 07
HATI
Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa
KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.
Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.
Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.
Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.
Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.
Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?
Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.
Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.
Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.
Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Halaqah.net
*************************************************************************************
Dalam perkara yang disebut di atas, kebanyakan yang mengalami masalah hati ini adalah kaum Hawa. Itu adalah hakikatnya. Bukan bermakna kaum Adam tiada masalah hati. Pernah sekali sewaktu ana di sebuah program, ana berjalan bersama Kak Aishah (kini mengajar JQAF di Sarawak). Dalam perjalanan ke tapak khemah, kami bertembung dengan seorang wanita yang boleh digelar kakak. Selepas berselisih, ana bagitau kak Aishah
" Sombongnya orang perempuan tu".
"kenapa pulak fiza cakap macam tu?"
" Ye la, bukan nak senyum dengan kita".
"Fiza ada senyum ke dengan kakak tu tadi?"
"Tak pun."
"Dah tu, jangan la cakap dia sombong, fiza pun tak senyum dengan dia tadi."
Cerita tadi kisah benar. Kesimpulannya manusia ni selalu membuat penilaian mengikut hati sendiri sebelum melihat dan bertanya dengan persekitarannya. Maksudnya selalu membuat telahan, tuduhan kepada seseorang tanpa bertanya dan membuat perbincangan. Kita juga selalu mengatakan sesuatu mengenai seseorang sedangkan apa yang kita perkatakan ada pada diri kita sendiri.
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 18:27
Jumaat, 2008 Ogos 29
RAMADHAN INI
Alhamdulillah..akhirnya siap juga laman blog ini. walaupun nampak simple, ana rasa puas hati. Senang je buat blog kalau ada ilmu.
Ramadhan tahun lepas ana buat bisnes. Tahun ni nampaknya dah tak buat lagi. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, ana dan sahabat2 sekerja di ADNIN akan melaksanakan Misi Amal Sabah bersama Yayasan Amal pada Ramadhan ini. Ini kali kedua ana akan ke sana.
Pertama kali menjejak kaki di bumi Sabah, rasa seperti duduk di tempat yang asing. Ia la, bahasa yang digunakan bermacam2. Ana tahu sikit2 bahasa Dusun.
Sai ngaran nuh = siapa nama kamu?
pira umur nuh = berapa umur kamu?
langadon naku dika = saya rindu pada kamu
Semasa ana di sebuah kampung berdekatan dgn Gunung Kinabalu, salah seorang wakil penduduk meminta Ahli Yayasan Amal untuk sama2 berpuasa lagi di Kg tersebut. Sebenarnya gaya /cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di sana yang menyebabkan rasa bertanggungjawab supaya kami datang semula di sana. Arak /tuak sudah menjadi amalan harian sebilangan besar masyarakat di sana.
Jadi bagi ana, Misi Dakwah walau di mana2 amatlah penting. Acheh, Kemboja atau di mana2 sahaja. ok. nanti ana akan sambung semula. wassalam..
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 06:12
SATU HATI - LA KHAUF
BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI
MARILAH BERSAMABERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG
JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN
BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI
(Album Di Palang Ini)
Lirik : Abu Marwan
Lagu : Copyright Control
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 05:54
Sabtu, 2008 Ogos 23
NASIHAT BUAT SAHABAT
12 Sifat SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 17:32
SUATU MASA DULU.....
tersenyum sendirian bila mengenang cerita dulu.. Aku baru tamat belajar di POLISAS. Nak balik kg, rasa berat nak tinggalkan kuantan. Banyak yg aku belajar di sini. Belajar Kejuruteraan, ilmu agama, ukhuwwah..emm..macam-macam lagi.
Aku ambil keputusan kerja di Kuantan. Ala..dulu aku pernah kerja sebelum sambung belajar dulu. Jadi tak kisah la kerja kat mana pun. Mula-mula aku tolong je kawan kat cyber cafe. Blue Lane namanya. Sambung menyelam minum air (nasib baik tak lemas)... boleh la aku chat ke.. tapi cyber cafe ni Islamik sikit. Tu yang rasa seronok sikit.
Tak lama aku kat keje kat situ, senior telefon bagitau ada seorang ustaz perlukan tenaga pengajar untuk Kelas Al-Quran & Fardhu Ain. Macam best. Tapi hati berbelah-bagi nak pergi atau tidak. Bila tanya pendapat sahabat2, rata-rata menyarankan aku pergi untuk temuduga.
Hari yang dijanjikan aku dgn Sue pergi ke tempat Ustaz tersebut. Sebelum aku pergi, aku ada call ust tu. Aku dimaklumkan namanya Ust. Akhwan. Dengar suara macam muda lagi..Takpe...aku pergi dulu. Tempatnya kat Jalan Sg. Lembing. First time pergi rasa jauh sangat. Masa tu naik motor je. Masa sampai kat tengah jalan tu macam nak patah balik je (takut sesat).
Sampai je kat tempat tu, aku nampak ada seorang lelaki berkopiah.( Agaknya ni kot Ust. Akhwan). Muda lagi orangnya.. Temuduga pun bermula............
Dicatat oleh Norhafiza bt Mohamad Noor di 17:01