13 Januari 2012

SAMPAH..

Pagi ini hujan masih lebat di luar sana. Saya memilih untuk berpuasa walaupun hati agak was2. Bunyi deruman lori pengengkut sampah membuatkan saya menjerit memberitahu suami. Ada 4 guni sampah di tangga yang harus dibuang. Saja simpan. Sekarang musim hujan. Kalau letak kat lorong belakang, mesti dibongkar sang anjing.
Suami saya bergegas lari, sebelum lori bergerak ke tempat lain. 2 plastik sampah dapur, 2 plastik lagi kertas terpakai.
Suami : ada lagi tak kertas recycle?
Niza : ada....
Kedua-duanya kelam-kabut berlari. Dalam hati saya “rezeki pakcik pengangkut sampah..dia boleh jual kertas tu..
Saya mengintai dari jendela. Kelihatan seorang lelaki berbaju hujan berlari dengan sekotak kertas terpakai. Hujan semakin lebat. Seorang pekerja india tanpa topi dan baju hujan melangkah selamba seolah2 titis hujan itu ibarat angin sepoi2 bahasa. Terfikir saya, tak takut demam ke? Mesti ada bawak baju spare. Kalau ada yang demam susah jugak. Takde orang angkut sampah.
Melihat situasi itu memberi motivasi kepada saya. Sesungguhnya saya tak pernah pandang hina pada orang yg bekerja angkut sampah. Malah saya ‘respect’ kerana mereka melaksanakan kerja tersebut tanpa rasa malu. Kalau malu mesti diaorang cari kerja lain kan. Mereka yang bermain dengan aroma sampah pun bersungguh2 melaksanakan kerja, tentunya saya pun harus melaksanakan kerja saya dengan bersungguh2.
Terima kasih encik2 pengangkut sampah. Jasamu ku kenang jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan