27 Januari 2010
MACAM BANGKAI...
ceritanya bukanlah cerita yg menggembirakan hati ana. cerita itu merupakan fitnah yang sedang disebarkan dikalangan sahabat2 di tempat itu. ana rasa sedih sangat. ana simpan cerita yang sebenar kerana ia merupakan kisah pertunangan seorang sahabat yang telah putus.
Bile dicerita kisah yang tersebar luas, ana pun perbetulkan kisah dengan kisah yang sebenar2nya berlaku. ana tak pandai bercerita, tapi fakta ana insyaAllah tepat. ana bukan cerita hentam keromo tapi cerita ana ada fakta yang kukuh. fitnah tu ana ibaratkan umpama bangkai. dicerita oleh orang pertama, dan disebar luaskan oleh orang yang seterusnya. mungkin ada hati yang gembira bile fitnah yang mengaibkan diketahui oleh orang. Tapi Allah itu kan Maha Mengetahui, jika di dunia Allah tak tunjukkan kebenaran, Akhirat nanti pasti ada.
22 Januari 2010
JGN BUANG, PULANGKAN...

pen dakwat hitam tu, ada rg hadiahkan. cantik. tulisan pun lancar masa tulis. pen tu takda org lain boleh pakai, takut nanti dakwat habis, rosak..takpun nanti pen tu hilang.
simpan baik2 pen tu. kalau ada org nak pinjam pen, sanggup carikan pen lain daripada bg pen tu. sayang sangat dengan pen tu. guna pen tu pun bukan selalu. masa2 tertentu je. dia tahu pen ni kalau terjatuh, nanti mata pen tu rosak.
lama2 pen dakwat hitam tu ada masalah jugak. mula2 lupa letak mana. lepas tu dakwat dia putus2. mulalah ketuk2 pen hitam tu kat meja dgn harapan dakwat pen tu elok semula. mulut pulak membebel, mcm ada yang tak kena. menyalahkan itu ini. beli pen lainlah, lagi senang.. buat apa guna pen yang dah rosak, melambatkan kerja je. bile ada pen baru, pen dakwat hitam tu dibiarkan.
itulah hayat pen. bile dah rosak, tak boleh pakai atau ada pen yang lebih bagus, pen yang lama ni akan dibiarkan. kalau dah tak boleh pakai langsung, bakul sampah la jawabnya... kalaulah pen itu ada hati dan perasaan, alangkah sedihnya diperlakukan begitu... tapi itu makhluk yg bernama pen.
berlainan pulak dengan makhluk yg bernama manusia. ada hati, ada perasaan.bukan robot. manusia ada rasa penat, rasa sakit, kecewa, gembira, sdh.. macam2 lagi... jangan kita menghargai manusia mcm nasib pen hitam tu. jgn bile dah tak ada baru nak hargai, baru rasa bahawa kehadirannya amat bermakna. jgn kerana ada sahabat baru, maka sahabat yang lama dilupakan. jgn kerana dia sahabat lama, maka kita boleh marah, bercakap tanpa beralas, bergurau tanpa sedar menyinggung hatinya dan perasaan..jgn kerana dia sahabat yg dah ditarbiyyah, maka kita menyangka hatinya kebal dan kental. manusia itu lemah. menghargai orang lain, kita akan dihargai juga.
teringat ana cerita lakonan jalaludin hasan, sheila rusli dan suami lisdawati. dalam dialognya pada si menantu pasal buku bertajuk TAUBAT, "KALAU TAKDE MASA NAK BACA, TAK SUKA, JANGAN BUANG. PULANGKAN".. mendalam kata2 tu...
19 Januari 2010
....

6 tahun di sek rendah, 5 tahun sekolah menengah, 2 tahun di ipt, kini dah masuk 7 tahun bekerja. dari zaman sekolah dengan rakan2 yang bermacam2 perangai, jadi pendengar masalah kawan, menjadi kotak simpanan rahsia sampai lupa sendiri (hahaha).. terasa hati, sedih, gembira, menyampah, bosan dengan sikap kawan2. itu perkara biasa..
masa tamat sekolah menengah, rasa sedih + takut, kalau2 tak dapat kawan yg baik2. maklum la, kita ni org biasa2 je. sampai di ipt baru ana dapat kenal ukhuwah dengan sahabat2. sampai sekarang terasa nak diulang kenangan tu.
bila dah bekerja pulak, baru rasa hidup sebenar. hidup berdikari sungguh. mulakan kehidupan, belajar merancang hidup, simpan duit, mula fikir pasal nak berkeluarga...macam2 la. masa mula kerja.. lebih banyak menerima dan melaksanakan arahan ketua. masuk tahun kedua jadi 'bisnes partner'...masa tuh share modal je..
lama lagi sikit jadi 'bos' kecik pulak. hehehe..masa ni baru rasa susahnya jadi ketua. kena bagi arahan itu ini.. walaupun arahan tu simple tapi susah nak arah. bile org bwh kite tak buat keje mula la nak pening kepala. masa ni la macam2 'pesen' staf yang ana jumpa. ibarat kata orang rambut sama hitam tapi hati hati lain2..ada yang suka bangun lewat (mengalahkan bos), dok main game, buka internet je, jenis yang yg banyak cakap dr buat keje pun ada.
tapi ada seorang ni bagus bt keje, tp sekejap je sebb ayah dia sakit time tu. dok pulak jauh.. org kedah.. penampilan bagus, komunikasi baik...ramai org yang faham pasal perjuangan. tp tak ramai yang sanggup menyusuri jalan perjuangan tu dgn mendlam.. sblm ana keje pun, ibarat fantasi je masa kat kampus. bile dah keluar kampus baru rasai..
16 Januari 2010
AMANAH ALLAH
NUR ASLAH BT AKHWAN AFANDI
lahir pada 6 ogos 2009 jam 12.30 hari. mirip abinya. 3 minggu dok dalam icu, tido dalam balang.masalah usus bengkak, demam kuning dan yang last jangkitan kuman dalam darah. ini gambar selepas balik spital. sekarang nur aslah dah 5 bulan. dah pandai meniarap, ajak sembang... rasanya semua baby macam tu. rasa tak pecaya dah ada anak. baru ana rasa sendiri betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah. betapa bodoh dan jahilnya mereka yang membuang bayi..
14 Januari 2010
JALAN HIDUP

minggu lepas ana balik kg. rindu pulak rasanya. hari yang indah dan meriah tu pulak diserikan dengan rancangan 'juara rakyat' di tv1. abg suruh tukar channel tapi ana bantai tutup pulak. bila ayah ana lalu depan tv dia pun pasang la semula. masa tu abg tak sihat sangat, tapi bila main2 dengan aslah jadi sihat pulak. itu la aura anak..
ntah macammana tiba2 ayah ana cakap kenapa tok guru doa begitu begini kat pak najib tu. ini lebih kurang dialog diaorang (ana menyampuk sikit2 je.)
ayah : kenapa tok guru doa macam tu? kita orang Islam ni kena doa yang baik2.
abg : orang zalim memang kena doakan macam tu..dia takut tu. tok guru tu bukan calang-calang orang. dia tu ulama. hafal quran hadis. kita ni hafal apa??
ana :ala..mula2kan minta dibukakan hati dulu, kalau taknak berubah baru la doa yang lagi satu tu..doa orang yang dizalimi ni kan makbul..
ayah : saya risau oarang melayu ni tak bersatu... nanti bergaduh dengan kaum lain pulak
abg : yg tu jgn risau..ada org kat luar sana yang buat kerja untuk satu padukan kaum..mana bapak tau cerita ni?
ayah : dalam tv cerita macam tu.. (hebat sungguh media malaysia ni)
abg : tv cerita tak habis, jgn percaya sgt.. skrg ni kita fikir diri kita dulu.
ayah ana dah tak larat berjalan sebab sakit gout. jadi segala maklumat dapat melalui tv saja. banyak jgk yang abg cakapkan.ayah ana pun dengar je walhal. diringkaskan cerita....
abg : tengk je la kat tv tu, ada dia ajak rakyat dia bertaqwa..Nabi ada kata agama suatu kaum tu ikut agama pemimpin dia. isteri dia pun tak pakai tudung, macamane nak ajak rakyat bertaqwa. rasuah merata-rata. hidup kita ni tak lama. mungkin kjp lagi kita mati. apa kita nak jawab kat Allah nanti.
ayah :bini dia tak pakai tudung, itu dia punya pasal. rasuah pun dia punya pasal...
ana : memang la tu semua dia punya pasal. tapi kita kena fikir jugak pasal diri kita. kat akhirat sok Allah tanya jugak siapa yang pilih pemimpin tu (yang rasuah, yg zalim). tangan kita akan jawab. tangan kita yang pangkah masa undi..kita yang naikkan pemimpin yang rasuah, bii tak pakai tudung. padahal kita kalau nak pilih imam kat surau pun pilih yang terbaik. kalau semuanya sama baik, tengok pulak keluarga dia..
ayah ana terdiam. mungkin tengah fikir kebenaran. terima kasih pd abg sebab beritahu kat bapak (panggilan kat kg, org jawa la katakan). semoga Allah bukakan pintu hati kita semua...
10 September 2009
CEMBURU
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia."
Berdasarkan satu hadis Rasulullah, yang diriwayatkan oleh Aishah sendiri
‘ Pada suatu hari Aishah isteri baginda bertanya kepadanya, kata beliau: “Wahai Rasulullah, mengapakah engkau sentiasa saja menyebut nama Khadijah? Bukankah Khadijah itu hanya seorang nenek dan bukankah Allah gantikan dia dengan seorang yang lebih baik (maksud Aishah ialah dirinya sendiri)?”
Jawab Rasulullah: “Tidak, bahkan tidak ada pengganti Khadijah. Dia beriman kepadaku pada saat orang lain ingkar terhadapku, dia menyintai aku di saat orang lain membenciku, dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakan aku. Allah tidak mengurniakan anak kepadaku dengan isteri lain selain Khadijah.”
Pengajaran daripada hadis di atas amat mendalam sekali.
1. Rasa cinta, kasih dan sayang antara insan, bukanlah hanya boleh diukur dengan usia, kekayaan dan kecantikan wajah saja.
27 Julai 2009
MANA MILIK KITA ???

Apa yang kita ada? Kereta, syarikat besar, wang ringgit, ilmu, anak-anak yang comel,suami atau isteri, makanan atau seluruh isi dunia... Sebenarnya kita tidak punya apa2. Semua yang kita sangka milik kita hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata. Allah telah sediakan untuk kita, dan kita hanya mengusahakan sahaja apa yang telah Allah sediakan..
Ada orang yang sombong bila telah memiliki sesuatu dan merasakan bahawa apa yang dia miliki adalah mutlak miliknya. Namun hakikatnya semuanya sementara. Bila-bila masa Pemilik mutlak yang Agung akan mengambil kepunyaan kita semula tanpa notis atau amaran.
Ada manusia yang sombong memiliki kereta besar, harta melimpah-ruah, kepandaian, kecantikan, kedudukan yang tinggi, namun semua itu tidak terlepas dari bahawa semua Allah jua pemilik yang mutlak.
Gunakanlah apa yang kita ada dengan sebaiknya, dengan bersederhana dan penuh rasa kesyukuran.
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada
Mengapa kita sombong memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit-mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan Berbangga
Bersyukur kepada Allah
26 Julai 2009
CINTA SELEPAS KAHWIN
22 Julai 2009
RINDU HATI INI

Kalau duduk sorang-sorang mesti macam2 yang terlintas difikiran. Nampak macam termenung, tapi kalau tengok dinding tu seolah2 boleh tembus rumah sebelah. Macam2 yang dirindu. Rindu dengan kehidupan zaman di kampus, rindu dengan mak ayah, rindu dengan sahabat2, rindu pada insan yang bergelar suami (sejak jadi isteri ni la...hehe) dan rindu nak buat aktiviti yang dah lama ditinggalkan.
Perasaan rindu ini boleh buat kita menangis, itulah yang selalu terjadi. Tapi selalunya waktu dok sorang ataupun lepas solat. Hebatnya perasaan rindu yang Allah cipta ini tidak mengira siapa pun, tidak mengira warna kulit, umur, agama dan apa saja.
08 Jun 2009
HATI
KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.
Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.
Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.
Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.
Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.
Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?
Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.
Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.
Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.
Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Halaqah.net
*************************************************************************************
Dalam perkara yang disebut di atas, kebanyakan yang mengalami masalah hati ini adalah kaum Hawa. Itu adalah hakikatnya. Bukan bermakna kaum Adam tiada masalah hati. Pernah sekali sewaktu ana di sebuah program, ana berjalan bersama Kak Aishah (kini mengajar JQAF di Sarawak). Dalam perjalanan ke tapak khemah, kami bertembung dengan seorang wanita yang boleh digelar kakak. Selepas berselisih, ana bagitau kak Aishah
" Sombongnya orang perempuan tu".
"kenapa pulak fiza cakap macam tu?"
" Ye la, bukan nak senyum dengan kita".
"Fiza ada senyum ke dengan kakak tu tadi?"
"Tak pun."
"Dah tu, jangan la cakap dia sombong, fiza pun tak senyum dengan dia tadi."
Cerita tadi kisah benar. Kesimpulannya manusia ni selalu membuat penilaian mengikut hati sendiri sebelum melihat dan bertanya dengan persekitarannya. Maksudnya selalu membuat telahan, tuduhan kepada seseorang tanpa bertanya dan membuat perbincangan. Kita juga selalu mengatakan sesuatu mengenai seseorang sedangkan apa yang kita perkatakan ada pada diri kita sendiri.
29 Ogos 2008
RAMADHAN INI
Ramadhan tahun lepas ana buat bisnes. Tahun ni nampaknya dah tak buat lagi. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, ana dan sahabat2 sekerja di ADNIN akan melaksanakan Misi Amal Sabah bersama Yayasan Amal pada Ramadhan ini. Ini kali kedua ana akan ke sana.
Pertama kali menjejak kaki di bumi Sabah, rasa seperti duduk di tempat yang asing. Ia la, bahasa yang digunakan bermacam2. Ana tahu sikit2 bahasa Dusun.
Sai ngaran nuh = siapa nama kamu?
pira umur nuh = berapa umur kamu?
langadon naku dika = saya rindu pada kamu
Semasa ana di sebuah kampung berdekatan dgn Gunung Kinabalu, salah seorang wakil penduduk meminta Ahli Yayasan Amal untuk sama2 berpuasa lagi di Kg tersebut. Sebenarnya gaya /cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di sana yang menyebabkan rasa bertanggungjawab supaya kami datang semula di sana. Arak /tuak sudah menjadi amalan harian sebilangan besar masyarakat di sana.
Jadi bagi ana, Misi Dakwah walau di mana2 amatlah penting. Acheh, Kemboja atau di mana2 sahaja. ok. nanti ana akan sambung semula. wassalam..
SATU HATI - LA KHAUF
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI
MARILAH BERSAMABERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG
JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN
BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI
(Album Di Palang Ini)
Lirik : Abu Marwan
Lagu : Copyright Control
24 Ogos 2008
NASIHAT BUAT SAHABAT
12 Sifat SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
SUATU MASA DULU.....
Aku ambil keputusan kerja di Kuantan. Ala..dulu aku pernah kerja sebelum sambung belajar dulu. Jadi tak kisah la kerja kat mana pun. Mula-mula aku tolong je kawan kat cyber cafe. Blue Lane namanya. Sambung menyelam minum air (nasib baik tak lemas)... boleh la aku chat ke.. tapi cyber cafe ni Islamik sikit. Tu yang rasa seronok sikit.
Tak lama aku kat keje kat situ, senior telefon bagitau ada seorang ustaz perlukan tenaga pengajar untuk Kelas Al-Quran & Fardhu Ain. Macam best. Tapi hati berbelah-bagi nak pergi atau tidak. Bila tanya pendapat sahabat2, rata-rata menyarankan aku pergi untuk temuduga.
Hari yang dijanjikan aku dgn Sue pergi ke tempat Ustaz tersebut. Sebelum aku pergi, aku ada call ust tu. Aku dimaklumkan namanya Ust. Akhwan. Dengar suara macam muda lagi..Takpe...aku pergi dulu. Tempatnya kat Jalan Sg. Lembing. First time pergi rasa jauh sangat. Masa tu naik motor je. Masa sampai kat tengah jalan tu macam nak patah balik je (takut sesat).
Sampai je kat tempat tu, aku nampak ada seorang lelaki berkopiah.( Agaknya ni kot Ust. Akhwan). Muda lagi orangnya.. Temuduga pun bermula............