27 Januari 2010

MACAM BANGKAI...

baru2 ni ana berkunjung ke rmh seorang sahabat. kami jadikan rumahnya sebagai transit. maklumlah sahabat lama. sedang enak bercerita, sahabat tersebut membuka cerita perihal perkhabaran yg diterima yg sedang 'enak' diceritakan org.
ceritanya bukanlah cerita yg menggembirakan hati ana. cerita itu merupakan fitnah yang sedang disebarkan dikalangan sahabat2 di tempat itu. ana rasa sedih sangat. ana simpan cerita yang sebenar kerana ia merupakan kisah pertunangan seorang sahabat yang telah putus.
Bile dicerita kisah yang tersebar luas, ana pun perbetulkan kisah dengan kisah yang sebenar2nya berlaku. ana tak pandai bercerita, tapi fakta ana insyaAllah tepat. ana bukan cerita hentam keromo tapi cerita ana ada fakta yang kukuh. fitnah tu ana ibaratkan umpama bangkai. dicerita oleh orang pertama, dan disebar luaskan oleh orang yang seterusnya. mungkin ada hati yang gembira bile fitnah yang mengaibkan diketahui oleh orang. Tapi Allah itu kan Maha Mengetahui, jika di dunia Allah tak tunjukkan kebenaran, Akhirat nanti pasti ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan