13 Januari 2012
TELUR...ROTI CANAI...TAIK AYAM....!!!
Kali ini nak cerita pasal makan..semua orang suka makan. Kalau tengok kedai mamak yg 24 jam tu...hui penuh sokmo.. walaupun harga barang naik, makan tetap makan...
HIDUP PERLU MAKAN
MAKAN UNTUK HIDUP
Hal ini selalu disebut oleh suami saya. Setiap kali nak makan kat rnr atau restoran. Kat mana2 sekalipun. Kalau nak makan roti canai, tengok tukang tebar tu basuh telur ke tidak. Kalau telur dok dalam raga, insyaAllah dia basuh. Kalau masih dalam sarang lagi, ‘kompem’ kalau order jugak, makan roti canai taik ayam la.
Kalau diperhatikan banyak makanan yang menggunakan telur sebagai bahan asas. Ini termasuklah makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, murtabak, burger, nasi goreng, mee goreng mamak, char kue tiau, roti, kek..emm banyak lagi la. Tapi adakah telur yang digunakan dibasuh? Kalau kita tak nampak, xpe la. Tapi kalau dah depan mata memang tak basuh dan kita siap meng’oder’ lagi... ini kes berat ni. Sebab makanan tu dah jatuh HARAM, walaupun orang yang menyediakan hidangan tu pakai tudung or songkok.
kat sini saya sertakan beberapa link yang boleh dikongsi berkaitan dengan TELUR ni.
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/3348
http://komuniti.iluvislam.com/topic/4331-telur-tak-cuci-haram-atau-tidak/page__st__15
SAMPAH..
Pagi ini hujan masih lebat di luar sana. Saya memilih untuk berpuasa walaupun hati agak was2. Bunyi deruman lori pengengkut sampah membuatkan saya menjerit memberitahu suami. Ada 4 guni sampah di tangga yang harus dibuang. Saja simpan. Sekarang musim hujan. Kalau letak kat lorong belakang, mesti dibongkar sang anjing.
Suami saya bergegas lari, sebelum lori bergerak ke tempat lain. 2 plastik sampah dapur, 2 plastik lagi kertas terpakai.
Suami : ada lagi tak kertas recycle?
Niza : ada....
Kedua-duanya kelam-kabut berlari. Dalam hati saya “rezeki pakcik pengangkut sampah..dia boleh jual kertas tu..
Saya mengintai dari jendela. Kelihatan seorang lelaki berbaju hujan berlari dengan sekotak kertas terpakai. Hujan semakin lebat. Seorang pekerja india tanpa topi dan baju hujan melangkah selamba seolah2 titis hujan itu ibarat angin sepoi2 bahasa. Terfikir saya, tak takut demam ke? Mesti ada bawak baju spare. Kalau ada yang demam susah jugak. Takde orang angkut sampah.
Melihat situasi itu memberi motivasi kepada saya. Sesungguhnya saya tak pernah pandang hina pada orang yg bekerja angkut sampah. Malah saya ‘respect’ kerana mereka melaksanakan kerja tersebut tanpa rasa malu. Kalau malu mesti diaorang cari kerja lain kan. Mereka yang bermain dengan aroma sampah pun bersungguh2 melaksanakan kerja, tentunya saya pun harus melaksanakan kerja saya dengan bersungguh2.
Terima kasih encik2 pengangkut sampah. Jasamu ku kenang jua.

07 Januari 2012
MEMBACA...MENULIS....TULISAN....
Assalamualaikum...
Nampaknya dan setahun tak menulis. dunia muka buku menggamit saya supaya meletakkan ketepi dunia penulisan blog.kesibukan kerja dengan anak-anak yang baru ingin mengenal dunia menambahkan lagi 'kemalasan' saya untuk menulis. terfikir jugak ada ke yg sudi membaca tulisan saya yang 'apa-apa' ni.
Terbaru saya membaca buku tulisan Nik Muhamad Abduh bin Nik Aziz. Anak seorang Tuan Guru yang disegani. Tulisannya yang bersahaja menarik minat saya. Terasa seperti bersembang sambil minum kopi. Walhal kalau terjumpa beliau di Taman Melewar lagaknya macam serius saja. Membaca tulisannya tidak jemu dan manarik minat saya untuk menulis semula.
Biar la kalau tidak ada orang membaca. Jiwa rasa terhibur dengan menulis. melontarkan apa jua pengalaman, pandangan, berkongsi rasa... sekurang-kurangnya jiwa saya tak rasa terbeban...
Langgan:
Catatan (Atom)