12 Mei 2010

AMANAH YANG HILANG


Amira menangis. sedih rasanya bila buku catatan peribadinya dibaca oleh orang. terkilan, kecil hati, geram bercampur baur dalam hatinya. apatah lagi dibaca oleh orang dipercayainya. kalau setakat dibaca dan dirahsiakan, mungkin boleh diterima lagi. tapi kalau dibaca, diceritakan pada orang lain, isi kandungannya dipertikaikan dan dibincangkan, tak ada siapa yang boleh diterima. Seolah-olah menulis dalam buku catatan/ diari adalah satu kesalahan yang sangat besar.
Apa yang Amira rasa sedih ialah isi kandungannya dihurai mengikut citarasa si pembaca. Mungkin si pembaca membaca isi kandungan sewaktu hatinya penuh dengan prasangka dan membaca dengan hati bukan dengan akal. Amira membelek semula kandungan buku tersebut, rasanya semua tulisannya hanya tulisan biasa kerana dia yakin buku catatanya pasti akan dibaca orang. jadi Amira hanya menulis luahan2 yang umum sahaja.
Tapi bila dah jadi begini, dia rasa hilang rasa percaya pada orang lain. Apabila amanah pada diri, pada orang lain dan pada Allah tidak dijaga, susah rasanya percaya itu hendak diberi semula. Ibarat kaca yang pecah, ia boleh dicantum semula, tetapi pasti akan nampak kesannya.

Moralnya :
Jika menjaga amanah :
- ukhuwah itu terjaga
- hati sentiasa terjaga
- rasa percaya antara sesama saudara

Jika tidak menjaga amanah :
- menghancurkan ukhuwah seperti kaca yang berderai
- hati sentiasa berprasangka buruk
- hilangnya rasa percaya sesama saudara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan