20 Mei 2010

UJIAN BERTIMPA.....

pada 18 mei 2010, kereta perdana v6 yang biasa digunakan untuk menghadiri program2 ceramah, telah hilang daripada tempat letak kereta. disedari sewaktu hendak ke masjid untuk solat subuh.
sedihnya rasa hati, baru semalam kereta itu dibaiki, kerana 2 hari sebelumnya 2 tayar sebelah kiri kereta pecah dengan sport rimnya sekali. gearbox pulak tak berfungsi. kejadian berlaku sewaktu dalam perjalanan balik dari batu pahat.
untuk membaiki kereta itu sahaja memakan belanja hampir 5 ribu. kereta sebuah lagi dah dipulangkan. bile perdana hilang, patahlah kaki kami untuk bergerak melaksanakan kerja.
terpaksa pulak meminjam kereta daripada sahabat2. tapi sampai bila?? Ya Allah hambaMu memohon belas ihsanMu, engkaulah yang memberikan barang tersebut kepada kami untuk kegunaan kami, maka bantulah kami, kembalikanlah barang tersebut kepada kami. Engkaulah yang menciptakan sesuatu dan Engkau jualah yang memusnahkannya Ya Allah. seandainya kami tersilap, lupa dan lalai, ampunkanlah dosa kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan