13 Januari 2012

TELUR...ROTI CANAI...TAIK AYAM....!!!



Kali ini nak cerita pasal makan..semua orang suka makan. Kalau tengok kedai mamak yg 24 jam tu...hui penuh sokmo.. walaupun harga barang naik, makan tetap makan...
HIDUP PERLU MAKAN
MAKAN UNTUK HIDUP
Hal ini selalu disebut oleh suami saya. Setiap kali nak makan kat rnr atau restoran. Kat mana2 sekalipun. Kalau nak makan roti canai, tengok tukang tebar tu basuh telur ke tidak. Kalau telur dok dalam raga, insyaAllah dia basuh. Kalau masih dalam sarang lagi, ‘kompem’ kalau order jugak, makan roti canai taik ayam la.


Kalau diperhatikan banyak makanan yang menggunakan telur sebagai bahan asas. Ini termasuklah makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, murtabak, burger, nasi goreng, mee goreng mamak, char kue tiau, roti, kek..emm banyak lagi la. Tapi adakah telur yang digunakan dibasuh? Kalau kita tak nampak, xpe la. Tapi kalau dah depan mata memang tak basuh dan kita siap meng’oder’ lagi... ini kes berat ni. Sebab makanan tu dah jatuh HARAM, walaupun orang yang menyediakan hidangan tu pakai tudung or songkok.

kat sini saya sertakan beberapa link yang boleh dikongsi berkaitan dengan TELUR ni.
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/3348
http://komuniti.iluvislam.com/topic/4331-telur-tak-cuci-haram-atau-tidak/page__st__15

2 ulasan:

  1. Syukron atas perkongsian. Sesungguhnya kita perlu untuk mencari makanan yang bukan sahaja halal, malah toyyibah(baik dari segi kesihatan, penyediaan dan segala-galanya).

    BalasPadam
  2. Tu dh kira mkn taik..😅😅

    BalasPadam